Assalamualaikum
Haha macam kelakar je nak cerita pasal gigi. Aku jarang gila jaga gigi walaupun selalu berus, tapi takde lah bersih mana. Pastu cuti sem haritu terdetik lah ha nak pergi buat checkup n scalling manatau tiba tiba gigi jadi cantik gila nak mati.
Lepas buat appointment, lusa tengahari terus pergi checkup. Pergi pulak time tengah ada ulcer + baru nak start demam selesema batuk pe semua. Memang cari penyakit. Nasib dia tak terbesin time tengah checkup je k. Last aku checkup masa form 4/5, pastu langsung ah...berus je lah gigi je pun. Last last tengok banyak karan gigi (cani ke eja, ke cemana)
Kiranya aku berus gigi selama ni tak efektif hahaha pakai belasah je, janji nampak bersih. Tbh, sumpah sakit tak ingat dunia k scalling. Siap nurse lapkan air mata aku time scalling tu, sumpah sakit. Aku fikir balik tu terus nak tidur sebab gusi aku dah mula sakit eventho dah telan pain killer lepas tu. Doktor yang tukang scalling pun macam "tahan sikit, memang sakit sikit" n i was like ni bukan sikit dia punya sakit kalau dah keluar air mata uwaaaaaaaaa
Yang taktau scalling cemana, camni k
Balik tu dah mamai. 3 hari cakap dengan orang tapi macam eh aku ni sedar ke tak (sebab makan painkiller haha) Pastu esoknya dah okay dah pun, yang aku pelik gusi belah hujung, asal tak elok elok bengkak dia. Memang lah ada ulcer tapi takkan rasa dekat gusi pulak kan. Pergi lah tunjuk dekat mak lepastu seram kena infection ke apa hahahaha
Rupa rupanya hm
GIGI BONGSU BARU NAK TUMBUH GUYSSSSSSS
Manalahkan baby tak nangis time nak tumbuh gigi memula, aku yang tumbuh macamni rasa dia pun hm. Gusi tu siap terbukak lagi nak meraikan, yang terbukak tu lah yang sakit -.- Okay, sekian itu sahaja berita gembira mengakhiri post kali ini.
Bye untuk cerita yang dah basi ni haha

No comments:
Post a Comment