.

.

Wednesday, October 12, 2016

Ala cerita pasal gigi je ni, takyah baca

Assalamualaikum

Haha macam kelakar je nak cerita pasal gigi. Aku jarang gila jaga gigi walaupun selalu berus, tapi takde lah bersih mana. Pastu cuti sem haritu terdetik lah ha nak pergi buat checkup n scalling manatau tiba tiba gigi jadi cantik gila nak mati.

Lepas buat appointment, lusa tengahari terus pergi checkup. Pergi pulak time tengah ada ulcer + baru nak start demam selesema batuk pe semua. Memang cari penyakit. Nasib dia tak terbesin time tengah checkup je k. Last aku checkup masa form 4/5, pastu langsung ah...berus je lah gigi je pun. Last last tengok banyak karan gigi (cani ke eja, ke cemana)

Kiranya aku berus gigi selama ni tak efektif hahaha pakai belasah je, janji nampak bersih. Tbh, sumpah sakit tak ingat dunia k scalling. Siap nurse lapkan air mata aku time scalling tu, sumpah sakit. Aku fikir balik tu terus nak tidur sebab gusi aku dah mula sakit eventho dah telan pain killer lepas tu. Doktor yang tukang scalling pun macam "tahan sikit, memang sakit sikit" n i was like ni bukan sikit dia punya sakit kalau dah keluar air mata uwaaaaaaaaa

Yang taktau  scalling cemana, camni k


Balik tu dah mamai. 3 hari cakap dengan orang tapi macam eh aku ni sedar ke tak (sebab makan painkiller haha) Pastu esoknya dah okay dah pun, yang aku pelik gusi belah hujung, asal tak elok elok bengkak dia. Memang lah ada ulcer tapi takkan rasa dekat gusi pulak kan. Pergi lah tunjuk dekat mak lepastu seram kena infection ke apa hahahaha

Rupa rupanya hm
GIGI BONGSU BARU NAK TUMBUH GUYSSSSSSS

Manalahkan baby tak nangis time nak tumbuh gigi memula, aku yang tumbuh macamni rasa dia pun hm. Gusi tu siap terbukak lagi nak meraikan, yang terbukak tu lah yang sakit -.- Okay, sekian itu sahaja berita gembira mengakhiri post kali ini. 

Bye untuk cerita yang dah basi ni haha

Friday, September 9, 2016

Aku Perempuan Jugak

Salam. A quick proper update in 15 mins.

Cerita pasal perempuan lah kejap. Pasal perempuan kat sini. Kat sini je, kat tempat lain taktau. More to kutuk lah kot rasanya haha cuz aku cuma nak tahu kenapa perempuan ni kadang suka gelabah tak bertempat padahal tak ada apa pun (in fact aku pun pernah tapi gelabah dalam situasi yang kau memang patut gelabah, misalnya)

Nak dijadikan cerita, tiap kali lunch hour ofcourse lah fdcourt ramai gila dengan student perempuan (apartment tak campur laki so memang penuh perempuan) yang akan acah gangster lapar. Aku bukan nak marah ke apa tapi majoriti yang dah masuk u ni semua umur dah takat boleh fikir sendiri sebab tu parent berani tinggalkan. Belajar tinggi tapi adab..... hm. Diorang ni takut makanan habis ke cemana. Makanan memang habis lah kan cerita dia, kalau takdpt makan tu kira bukan rezeki kau lah haritu nak merasa makan fdcourt. Tak minat lah bab potong que ni, tak ada adab.

Pasal potong que lagi.
Pergi lah mana mana event penting yang korang kena hantar document tanpa ada nombor. Kau tunggu turn, cuma beratur. Percayalah, mesti ada yang perangai yang tak banyak pun sikit lah yang suka hati diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jeeeeeeeeeeeeeeeee. Paling nampak redha sekali, student laki sini. Ya Allah, penyabar. Diorang punya redha tu macam "biarlah perempuan pergi dulu, aku okay je kat sini. Aku ok" while perempuan lain memang dah menyumpah, time tu dah tak fikir apa dah, orang lain letih kot que, come on...... apa lah yang kau fikir hm

Last. Suka malukan diri sendiri/ malukan orang lain.
Sekian sahaja.

Saya, yang mengutuk para student di mdzm (tempat saya belajar) 

Tidur menang

Lagi nak exam lagi banyak tidur

Lagi terer tidur

Berlawan lawan
Mata kalah 😪


Sunday, August 21, 2016

Release stress

Hikhik
What a wonderful day to remember
Eventho its a short trip 

Worthy.
(Aku cerita ni sebab taktahu lagi bila pergi kuantan. Setahun sekali pergi lol)


Its Kuantan. Tak pergi jauh sebab tak berani. Tak berani drive dan tak berani nak bagi orang lain drive. So pergi yang dekat je haha. Trip paling tahpape i should said, sebab nak hilangkan stress dan nak lepaskan kempunan pika. Dari hari apetah dia mintak seoul garden seoul garden seoul garden, maka kita turuti. Aku dengan wa pulak jenis tak kisah, sebab semua jenis makanan boleh masuk, so terpergi lah Kuantan dengan bangganya haha

Hari sebelum nak pergi Kuantan tu sebenarnya dah plan kekonon nak naik bas pastu pergi mall je. Sebab senang cerita duduk dalam tu jalan jalan sampai lenguh, pastu cari bas Muadzam dan balik. Senang haha. Tapi aku tersebut pulak pasal Kula Cakes daaaaaaaaaaaaaaannnnnn pika pun macam okay kita sewa kereta

Aku bukan takbagi dia bawak, tapi aku takut balik malam dan yes jalan gambang 

Dan lastnya sewa jugak. Gerak pagi, sampai sampai terus makan seoul garden haha sebab dah prepare tak makan pagi tu saja bagi lapar. Sesampainya di sana, terus makan haha terer tak terer. Tapi dah tu memang the main reason datang Kuantan kot kan. Kira nak food hunting jugak lah semalam. Bagi aku lah kot, aku tak berapa minat sangat kot rasa makanan dia. Dia sedap tapi pelik. Lidah aku rasa pelik tapi still boleh telan hm 

Lepas dah pergi sana sini (time ni ada sempat pergi mini zoo dekat dekat situ haha rasa macam trip "eh sukahati lah nak gi memana") pastu decide lepak pantai. Burn sikit muka sebab berjemur pukul 3 petang suka hati. Tengok pantai macam pd tak ada pantai, jakun. Aku macam terpegun gila nak mati. Mungkin sebab rasa tenang kot lepas dah serabut serabut dengan kerja yang tak sudah. 

Allahuakbar, Tabarakallah. 
Indah sangat 

Sedar tak sedar, diri sendiri rindu bunyi ombak pantai.

Sampai pukul 5 k kat pantai sambil tunggu pika main pokemon go dia haha. Pastu ada lah lagi singgah tah memana. Malam dah pastu. 

Waktu nak keluar dari masjid, ada sorang lelaki tiba-tiba lambai nak tahan kereta. First thing yang kitorang fikir, tak payah berhenti gelap kot malam pulaktu. Dan lepas daripada tu, sorang lagi laki tahan. Muka masing masing dah cuak, kitorang bertiga je. Gila tak takut, mau dia acu pisau.

"Jalan je weh" 
"Berhenti, bukak tingkap sikit je"

Sampai kat pika, dia yang drive, dia berhenti pastu kamain besar tingkap dia bukak. Rupanya diorang nak mintak tolong, kereta tak boleh start hahahahahahahahahaahah rasa macam jahat gila kalau tak berhenti. Luar masjid pulaktu. Pastu dah settle terima kasih pe semua, pika buat lame joke

"Dia taknak tanya nombor ke?"

Berdekah gila dalam kereta. Benda pelik yang pernah jadi dekat orang lain takkan pernah jadi kat kita beb, redho. 

Last pit. Kula Cakes dan gerak balik.
Tu je. 

and thanks pika, gambar. 

Wednesday, August 17, 2016

How to get ready in 5 mins

1. Sarung oversized-shirt


2. Tarik tudung yang dah sangkut kat almari


3. K dah boleh gerak pergi class. 

Its rtw. 
Niat jangan tinggal, bawak sekali 😌

Will see u with another tips pulak nanti insyaAllah, gdnight 👋

Saturday, August 6, 2016

The 1238 thought

Assalamualaikum, Hye!

Again, here im with the thought. Haha again. A -ve thought or benda ni normal untuk kau fikir sebagai seorang yang dah dua puluh tahun

Jodoh
and the second one is yr future life

Basically, aku memang terasa gila beza diri aku sendiri yang berumur sembilan belas dan dua puluh. Pressure dengan manusia, life kau sendiri, dengan diri sendiri, pokoknya semua benda lah. Even the way you make decisions is wiser than before. Kalau sebelum ni, aku tak fikir orang lain unless you r my sibs/fam. Sekarang ni, banyak fikir sangat macam mana kalau aku buat macam ni orang tu nanti pulak macam mana apa dia rasa/kata. Hm like whats wrong with me that im thinking bout you guys pulak kan. I should think less maybe.

Overthinking is just not a good habit. I ruined myself, my brain.

Goodnight!

Saturday, June 18, 2016

#Ramadhan13

Sempena Ramedhon ke tiga belas ni, sis dah mula muak makan lauk bazar maka dengan itu. makanan simple sebegini lah yang sis terdetik nak masak, maka termasak lah ia.

Kadang, apa yang aku beli kat luar semua sedap sedap, tapi tak kena dengan tekak. Semalam aku makan ikan pari masak asam. Alhamdulillah sedap tu memang sedap. Tapi bila dah makan, makan pulak dalam portion yang banyak, mind set aku buat benda ni dah jadi tak sedap. Sis tak komplen. Cuma diri sis ni je yang tahpape. Dia nak lauk pauk yang simple simple jugak, macam yang bese bese je tapi daaaaaap. Ha gitu

Maafkan diri ini. Kerna telur mata, ikan bilis tumis (idk apa nama ikan bilis ni senanye hm) seems more tempting than other complicated lauk pauk in bazar.

Sorry saya asal kampung haha.


Disebabkan aku takut ada orang tanya cemana nak masak ikan bilis ni, so aku update sekali dengan cara masak my-very-own-ikan-bilis-tumis (geli je baca haha) Tapi aku rasa macam ramai je yang reti masak gini. Dia ibarat macam kau pergi kat dapur bubuh kuali pastu campak campak pastu dah siap kau boleh duduk makan haha. K

Bahan dia cuma bawang merah & putih, ikan bilis, pastu cili api.

Kalau ikut aku, aku hiris bawang dalam 2 3 ulas dulu, cili pun aku potong kecik. Pastu masukkan semua dalam lesung batu, tumbuk lumat ke tak lumat ikut hang lah. Sebab bila dah makan dengan nasi sedap je rasa dia. Dah lumat tu, masukkan ikan bilis pulak dalam lesung, tumbuk ikut rasa. Jangan hancur sangat dah lah haha pelik.

Panaskan minyak, bubuh je semua bahan tadi dalam kuali. Kalau boleh minyak biar lebih sikit (lebih sikit je, jangan lebih banyak berpenyakit kau nanti) pastu dah siap. Boleh makan.

Makan dengan telur mata. Sedap tak tipu.

Hm kesian suami aku nanti. bye

Friday, June 17, 2016

Sick soul 😷

Salam. Sec post for this week. Jangan tanya asal nak update byk cerita minggu ni. Haha

Aku taktau benda ni patut aku cerita ke tak. Tapi aku nak cerita jugak cuz orang sekarang ni kuat judge orang yang dia sendiri pun tak kenal orang tu macam mana.

Kita mulakan dengan "hm yang free hair lagi elok dari yang pakai tudung "

(Ni tak ada kena mengena dengan yang pakai tudung ke tak. Its just a phrase yang aku kutip tadi ngeh 😆)

N i was like.... ko dah kenapa dengan -ve vibes pagi pagi ni?

Kadang, orang yang tak layan kita kat kedai or somewhere else mesti ada sebab. Fikir sebab dulu sebelum kau terus nk speculate dia.

Kita manusia gais. Ada yang kita buat tu silap. Mesti ada silap.

Kita mana tahu apa yang jadi dekat salesgirl yang tak layan kita tu. Who knows. Shes pregnant ke pastu morning sickness pulak, period pain ke? Sebab tu dia layan nak tak nak. Husnudzon. Sebab kita tak tahu.

Yang kita ni bila dengar orang judge orang lain, jangan lah ikut sambung sekali. Nak kena pok ke? Jangan layan. Thats it.

Mudah. Bila kau dah sambung, dosa kau ikut sama. Pahala duk berterabur atas jalan tar kau tak perasan. Kiri kanan catit. Ingat, kau memang cakap berdua tp Allah Malaikat dengar. Dia tahu.

Diam lah paling senang.

Al kahfi, cuci balik jiwa. Salam jumaat

Thursday, June 16, 2016

Puasa & Rutin

Salam alaik.

Since this is my so-not-free-time (cuz its qaiulullah time huhu) tapi nak borak jap.

We’ve completed 1/3 of Ramadhan n harini Ramadhan ke 11. Allah, cepat je masa berlalu. Cuba refresh balik apa je yang kita dah buat in 1/3 ni? If u think that most of yr time penuh dengan movie korea, running man, dengar lagu, buang masa (update blog misalnya haha) n etc. jom tajdid niat kita balik. Sempat lagi ni.

If one whole day tu kau scroll twitter, scroll ig bukak youtube pastu ngantuk, tidur…. tunggu buka.

Kita puasa ni semata nak tahan diri dari makan minum pastu biar orang nampak kita ni Islam ke cane? As a student apa yang aku nampak… life kau akan bermula dengan kelas pagi deret smpai nak buka karang. Gap pulak semuanya full dengan tidur. Kau bangun cuma nak pergi kelas lepastu. Then balik kelas, dah buka. Tanya kat diri, apa yang korang dapat? Yes, ilmu memang dapat. Tak, betul lah tu ilmu ni Fardhu Ain, wajib tuntut. Tapi, sedar tak puasa kita jadi sia sia?

Sebab apa sia-sia? Kita dalam bulan puasa sama je dengan bulan lain. Tak ada beza. Aku cerita ni, aku cakap jugak dengan diri sendiri, moga aku pun sedar.

Cuba balancekan antara ilmu dunia dengan akhirat.
Time puasa ni lah nak betulkan balik.

Kalau bulan lain, tak solat. Bulan puasa ni, upgrade sikit. Solat. Paksa diri tu solat.

Kalau dah solat, solat pulak taktentu waktu. Jom bawak diri kejar waktu solat! Solat di awal waktu misalnya. Jangan tengah azan, boleh lagi chill tengok drama… ni dah pukul 8 ni. Kalau sebelum pukul 8, Malaikat Izrail dah jemput cane? Apa nak jawab nanti kalau Allah tanya? Allah. Ingat, waktu solat paling singkat ialah Maghrib. Jangan nak “tunggu-tunggu”.

Alquran. Biasakan diri lepas solat baca Alquran. Satu page pun okay. Atleast, masa yang kita buang tengok drama buat benda bukan-bukan, sedar tak sedar kita dah tambah pahala dengan baca Alquran. Kalau malas? Paksa.

Diri tu kalau paksa semua boleh. Bayangkan esok nak exam, harini tak baca. Mesti kau baca kan malam ni? Tipu tak baca, CGPA tu penting haha.

Kalau kau boleh pentingkan CGPA, kenapa tak alquran & solat?

Malu kan dekat Allah. Allah nak bantu, kita taknak usaha. Tahpape

Oh btw, pasal movie, runningman whtsoever tadi. Bagi aku, its my opinion je k #jangankecamsis boleh je nak tengok, tapi tengok lah in appropriate time. Aku selalu habiskan terawih, n masa tuto/ study aku, aku selitkan movie time aku kat situ hahahahahaha. Pastu kelaut, sebab movie habis dulu dari tuto. K

Last but not least, puasa ni try jangan tinggal sahur. Ada barakah dalam sahur (boleh google k). Aku tau benda ni pun masa last 2 yrs in Muadzam, waktu call abah.

Abah be like “Bangun waktu sahur tu... berkat” or something like that. Aku pun dah lupa cemana abah cakap.

K tu je borak cincai harini. Moga bermanfaat. 

Thursday, June 2, 2016

Moment malu saya dan rakan

Alkisah pagi tadi sepatutnya kena masuk kelas pukul 830 tapi pegi masuk pukul 850/ 845 something.

Cerita dia housemate semua sama kelas. So, semua dah bangun awal lah pagi tu (diorang lah, bukan aku. Lepas subuh even ada 15 minit je pun aku tidur balik haha) Dah mandi siap pe semua, tengok jam baru pukul 8

"Pika, pukul berapa sekarang?"
"809 minit"

Sempat lah borak kopi pagi tadi. Dengan semua pakai baju kaler sama hahaha 

Chill. Time ni baru 8 belas belas minit macam tu lah. Pahal tah lambat sangat masa. Wa siap, keluar bilik pastu tanya "Asal kalau kelas pukul 8 kita rushing tapi bila kelas 830 selalu siap awal?"

Aku macam... "sebab 30 minit tu lama?". Sebab kalau aku tak jawab, aku tau tak ada orang nak jawab lol.

*815 gerak pergi kelas*
 Dalam 830 dah sampai, sampai kelas tengok ada orang dalam kelas. Selalu bersepah student dekat coridor, macam pelik lah pulak lecturer sampai on time even time tu pun belum 830 (kot). Diorang ni pun telek telek lah kat pintu, kenal orang kat dalam tapi diorang nampak macam busy gila nak mati salin tah pebenda. Kelas tu macam bukan kelas yang baru nak start.

Kitorang kat luar dah menggelabah, dengar suara dari luar suara lecturer lelaki. Okay fine, kelas lain ke pe kan. Masing masing refresh timetable takut kelas tukar last minute.

"Oh aku nampak Min kat dalam" "Whatsapp lah!"

"Min cakap dalam tu Miss Farah weh"

Aku macam 
Like 
Serious-
Ly?

Aku drop class CF before ni sebab taknak kelas dia, takkan lecturer tukar kot! Time ni aku fikir kalau aku kelas Miss jugak lepas aku dah drop dia then ambik lecturer lain, sah ni SAH... jodoh dengan Miss memang kuat haha. 

(Masa benda ni jadi kitorang dah berjalan pergi bangunan lain sebab cari lecturer yang baru ni. Serious lawak)

Pastu, Deqlin ada whatsapp Mal bagitahu yang lecturer tu cari kitorang ya Allah berdekah gila. Lecturer dalam tu sebenarnya bukan Miss Farah tapi lecturer baru yang kitorang pergi cari kat bilik dia ni ha. Time tu masing masing fikir nak masuk ke taknak. Dah malu dah ni tadi main kat pintu kelas kehulur kehilir nak tengok siapa lecturer kat dalam. Bila dengar je Miss Farah..... macam "OK. nasib tak masuk, kalau masuk habislah kena haha"

Hm Min tak kenal lecturer rupanya. K

Lepas dah tahu Madam ada dalam kelas tadi tu, masing masing semua malu nak masuk sebab dah lambat sangat ni. Habistu nak masuk ke taknak kan? Ni kelas lecture, ramai. Tuto ye lah kitorang je. Huhu Klako

845/ 850. Masuk jugak kelas dengan muka tak malu. Kalau housemate aku je yang ada tadi, memang kitorang tak pergi, disebabkan ada sorang lagi classmate yang courage kitorang masuk kelas even dah lambat pun. So, kitorang pergi jugak

"Takpe, Madam okay je pun kalau datang lambat. Nanti kita gitau madam asal lambat"

Masuk kelas tunduk muka. Duduk.
Pastu dah duduk keluar kertas, hm blur. blur sekejap sebab tak ingat benda. 
Plus dengan masuk kelas lambat lagi haha 

Sekian. Moment malu + lawak :Pagi Khamis, Jun 2

Sunday, May 15, 2016

insensé

(Post lama tapi baru publish. Aku okay huhu)

#1 When ppl talk to you just to comfort u.
     A.k.a terpaksa

     Aku rasa
     BODOH
     Serious.
   
     Baik bluetick je aku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#2 Maybe kau label kau kawan baik (bff)
     Pada aku, kau cuma nakkan tempat.
     Tempat cerita, bila kau tak ada siapa.

     Aku.yang.kau.cari.

     Aku terima.
     Terima. sebab aku bodoh.


Saturday, May 7, 2016

Exam's tips

"Okay todays class we will continue on wht will come out in yr final since we hv cover all the chapter. Jot down wtv i said, it might be important n if u r lucky, it will come out in yr final"

Student be like semangat gila nak mati keluar test pad pen macam macam kaler (haha ingat nak buat mind map ke 😂)
"Okay mdm!" *jawab dgn semangat*

"Okay fr chapt 1 this is important this part this this n this. This one too." *n a constant fr other chapters too*

*student sebab dia tak ingat apa yang dia dah belajar then main pakai belasah je salin. Pastu tips tadi perap sampai lagi 2 3 hari before final baru bkk huhu*

3 days before exam.
Tips dah ada kan. Chill lah.

Bukak balik those tips yang lecturer bagi- selak notes text book..... *facepalm*

"Is.it.all.things.will.came.out.or.what."

N y not mdm cuma kata
"K guys just read the whole book. Everything is important"

Neh.

It happened to me. My own class got no tips n the tips we got is the curi one from other section. Bahagia rasa bila dapat tips. Tapi tak ku sangka jadi begini haha

Final is today fr others. Best of luck Uniten students! Dont memorise too much, faham tu lagi penting. May Allah ease everything.

InsyaAllah 😊

Thursday, May 5, 2016

(Bukan homesick)

Assalamualaikum

It's a week before final (tak sampai a week pun, 4 hari je lagi nangis nangis nangis)
Mood study pun aku still tak ada ( nangis nangis lagi)

Pray for me sobs

Cut the crap -.-

N its been 2 weeks aku tak balik pd. Daaaaaaaaannn within this jugak lah aku makan benda merapu. Bukan benda yang sedap macam mak masak. Maggi pun sedap weh walaupun mak aku masak pakai microwave serious tak tipu. Tempe weh, benda benda simple yang mak aku masak semua rasa dia sedap. 

I miss those sotong udang masak lemak masak asam pedas wtv things sebab kat sini kalau makan pun tak ada rasa macam yang mak kau punya. I cryyyyyyyyy. I miss my mak (n her lauk pauk too)

Adik pernah acah dekat mak haha 

"Mak tak masak ke harini" 
(sebab dia tau anak anak dia dah besar dan dia jadi malas nak masak haha)

"Mak taknak masak keeeeeee. Acik taknak balik lah minggu depan"
 Lol adik. 

I hv to agree yang kalau mak aku malas masak n at last kitorang yang masak, semua tak jadi hahahahahahahahahaha sebab masak tak ikhlas aka kena paksa masak. 

Pastu mak mula macam 
"Kalau tak try macam mana nak jadi masak tu macam mak masak"

Huhu

(Type dalam keadaan lapar sebab malas turun fdcourt dan kita bakal masak ye kejap lagi sabar k perut)

N last but not least i kinda miss my adik adik kecilku T_T sebulan tak jumpa haha sebab kitorang take turn balik. Aku balik, diorg tak balik, vice versa

Imma cligy sister, ik.

Start dari cerita maggi dan berakhir dengan seorang kakak yang dia taktahu apa dia nak. Cerita kelam apa yang telah aku update ini?!

Bye.

Thursday, April 28, 2016

Uyeah

Salam.

YA ALLAH FINALLY SETTLE JUGAK EVENT AND SEGALA MACAM MASALAH DENGAN MINDMAP NOTES TUTORIALS. DAH SETTLE SEBAB NAK DEKAT FINAL *sigh

Tidur 2 3 pagi siapkan product, dengan reportnya. Yang tukang buat report semua boyot mata haha lol #eyebag4lyf3 #eyebagtandakerjakuatsangat 

Orang yang pakai spect selamat k dont worry haha orang taknampak so takyah nak poyo kata mata kau eyebag seguni. i repeat, orang taknampak -.-

Alhamdulillah. Eventhough group project tak selalunya indah, kitorang berjaya siapkan product yeay (product je lah, report in progress lagi esok baru nak submit). 

Event td. Kind of gelabah moment bila panel datang dekat meja kau nak evaluate product and leader tengah isi form n u r the only one yang tahu pasal company background and stuffs (sebab part ni aku yang buat) so, panel dah datang ni.... yang lain menggelabah nak jawab pastu aku yang diorang tarik! Means aku ni macam ketua bidan terjun kejap. Tak lawak serious. My kind of explanation bout 4Ps serious 160 km/h. In 1 minute i could explain all the things.... zzz. 

Hm pastu nampak macam leader dah habis isi form terus aku macam "weh jawab weh!!!!" *tarik baju amani* 

Hahahahahahahhahahahahahahhahahahahahahahahahahahahaha

Rasa nak tergelak tengok diri sendiri sebab tak terer bab nak tenangkan diri sendiri. Rasa nak tampo. 

K dah tampo. Haha

Nah belanja. Cuci mata k




(Team yang aku macam woahhhhh sebab idea baju tu haha)

Bye. Will see u dengan cerita lain. InsyaAllah



Thursday, April 14, 2016

Null

Dah berapa hari dah aku keep on checking IM kat facebook. Bukan sebab tunggu orang chat aku tp sebab aku macam non-stop baca serba serbi kisah aku sendiri 7 tahun yang lepas. Its 7 or 6? Aku malas lah nak kira malam malam buta ni haha kira sendiri lah...

Aku start guna facebook masa form 1. Ha kira!

Serious banyak gila chat, n aku dalam proses padam semua message dalam facebook tu. Banyak sangat benda sedih hahahahahahahaha

..........................................................................................................................................

*Baru habis cuci pinggan. Pung pang kecoh dapur aku kerjakan malam malam ni haha sorry housemate. Tadi masak telur pun hek eleh senget kuali tahpape. Semua benda tak kena/ tak berapa nak kena to be exact beberapa hari ni.

Pastu tu je lah cerita untuk harini. Tq gdnight

Ps// Aku tahu su, kau baca kisah sedih aku ni. Tapi pasni aku dah tak ada reader dah sebab kau dah habis intern  T_T

Monday, April 4, 2016

Of life & friends?

Assalamualaikum and hye

Kawan.Since tadika sampai la ni hal kawan je masalah aku. Aku taktau sama ada aku ni cant get along well with ppl or wht haha tolonglah bayang jap, year by year mesti ada gaduh dengan kawan eventhough benda tu tak ada lah besar mana.

Since aku dah cerita ni, apa kata kita major #throwback sikit.

Primary School
Tbh aku memang tak berapa nak ingat. Tapi kalau aku dapat ingat betul betul mesti rasa benda ni kelakar, rasa macam eee bodohnya asal aku camtu haha!

Darjah 4 : Gaduh sebab idk y tapi gaduh dengan bestfriend sendiri. Tapi memang dah gaduh awal awal masa darjah satu dulu haha. Aku taktau apa yang dia tak puas hati dekat aku. Sebab aku anak cikgu? Hahahaha ramai jugak lah benci aku dulu dulu sebab aku anak cikgu... hm pejadah.

Darjah 5 & 6 : Tak ingat. Hey brain! dont make me like this. I nak cerita ni pls lah ingat balik haha

Sec. School
Ni awai awai lagi dah gaduh time form 1. Gaduh sebab certain things yang memang wajar aku tak cerita. Cerita dekat sini, padang mahsyar kelak aku bakal dicari. Allah...

N yang paling drastik gaduh, form 2 & 3. Siapa yang 2A2 3A2 tu kalau ingat diam diam je lah. Benda kelakar and quite sensitive kot.. hehe. No worries, we r okay now

Last for the current situation. Im twenty.. (i repeat, 20 yrs- old) and still got the same problem here. Bukan gaduh cuma ye lah hidup berumah sewa? Ppl would know this kind of bersepah stuff, tandas lupa flush, pinjam barang lupa nak pulang, all those jadual/ notes yang bertampal tapi tak jalan... guys, i know everyone pernah rasa paling kurang pun sekali lah kan but still pernah rasa jugak hahahahahahahaha

Iman tu kena kuat! Huhu

Dont expect much from your friends, yang datang sekejap mugkin Allah nak bagi kita rasa nikmat sekejap tu. Kita ni manusia biasa je, hamba.

N thanked to those who yg still willing to stay with yr hideous attitudes hahahaha bye
(aku nak cerita benda lain dengan penutup yang lain sebenarnya but i came out with this writing... neh)

Tambah sikit lagi quote;
Some people come in your life as blessings, and others come in your life as lessons

Saturday, April 2, 2016

Its Saturday!

Assalamualaikum and hye

Finally, i came up with a new blog and a new post haha wht a joke. I dont even know why im typing here help me...

Haha so what i just did is nak tambah lagi masa biar semua berbuang hahahaha #mudahterhibur. maybe i can share stories(ssssss) here? and youre the one je kot yang baca cerita tahpape ni haha and nt so sure either to public it or just keep it safe for my daily diary haha kalau nak baca sendiri baik tulis dekat buku je yedak? 

Act, im just back from jogging. I feel too distracting these few days and hehe aku cuma buat 2 round je. tu pun lari half way pastu jalan haha ye lah, maunye tak seram kalau aku kurus sgt kan....

Alhamdulillah, after jogging and do prayer He help me vanished all those things. La tahzan Innallahha maana kan? Hihi. Allah selalu dengan kita eventhough kita selalu tak ada dengan Allah. Allah...

Till here guys, ttyl.