.

.

Saturday, June 10, 2017

-VE

Sungguh.
Masih aku dalam proses perbaiki diri

Salam 16 Ramdhon, Alhamdulillah.

Serious

Berdosanya aku rasa bila kawan susah, aku nak tolong tapi tak ikhlas
That one thought i hv once she told me "boleh teman tak malam ni (teman dekat rumah dia), *** ada emergency" n i make up things cari alasan, y................. sedihnya dengan diri sendiri. I keep make excuses kalau benda yang aku kena buat tu, benda yang tak best dan luar pada norma.

😢

Tapi lastnya, aku ajak dia datang rumah cuz housemate aku tinggal sorang jugak kalau aku teman dia. Kiranya dua dua ada lah orang teman. 

Berdosanya aku bagi pinjam duit dekat orang, tapi ingatkan suruh bayar
Padahal ada banyak benda lagi yang dia pinjam...n kenapa duit yang aku ingatkan? Berkiranya.

Berdosanya aku sakitkan hati Naqibah dengan mimik muka 
Hari tu, yang patutnya Naqibah plan nak berbuka sama sama then it was cancelled. So akak tu nak buat usrah after terawih. Bfr tu, pagi pagi lagi aku dah lambat pergi kelas tak ada lah lambat sangat abt 10 minutes macam tu dan dengan tuto tak siap haritu padahal tak ada benda pun nak kabut cuma rasa tak best lah kan datang kelas tapi takfaham. Dan kelas pack hari tu sampai petang

Balik rumah, KO

Pastu terkjear kejar pulak malam tu terus nak pergi usrah. Yang tak bestnya, dia ajak buat usrah dekat apartment lain yang kena naik kereta pastu dia tak ada kereta aku tak ada kereta..... Serious, muka aku time tu memang kalau boleh bagi penampar, orang dah bagi haha. Sebab aku penat gila n cant even brain apa yang akak naqibah (the surprise element) ni cuba lakukan

And she did the "HA SURPRISE!"

Aku dah sumpah seranah dia dalam hati weh T_T tak tipu

Berdosanya aku rasa. 

Friday, June 9, 2017

The day after

So here another new post after a year hahahahahaha tak istiqamah betul seorang diri ini. Hye guys 👋(entah siapa siapa je tah yang baca ni)

Its 15 Ramadhan today, Alhamdulillah.

Jumpa dekat next post soon kekeke
Den malas nak naip tapi nak cerita tapi taktahu nak cerita apa

I rindu.
Hm.

Wednesday, October 12, 2016

Ala cerita pasal gigi je ni, takyah baca

Assalamualaikum

Haha macam kelakar je nak cerita pasal gigi. Aku jarang gila jaga gigi walaupun selalu berus, tapi takde lah bersih mana. Pastu cuti sem haritu terdetik lah ha nak pergi buat checkup n scalling manatau tiba tiba gigi jadi cantik gila nak mati.

Lepas buat appointment, lusa tengahari terus pergi checkup. Pergi pulak time tengah ada ulcer + baru nak start demam selesema batuk pe semua. Memang cari penyakit. Nasib dia tak terbesin time tengah checkup je k. Last aku checkup masa form 4/5, pastu langsung ah...berus je lah gigi je pun. Last last tengok banyak karan gigi (cani ke eja, ke cemana)

Kiranya aku berus gigi selama ni tak efektif hahaha pakai belasah je, janji nampak bersih. Tbh, sumpah sakit tak ingat dunia k scalling. Siap nurse lapkan air mata aku time scalling tu, sumpah sakit. Aku fikir balik tu terus nak tidur sebab gusi aku dah mula sakit eventho dah telan pain killer lepas tu. Doktor yang tukang scalling pun macam "tahan sikit, memang sakit sikit" n i was like ni bukan sikit dia punya sakit kalau dah keluar air mata uwaaaaaaaaa

Yang taktau  scalling cemana, camni k


Balik tu dah mamai. 3 hari cakap dengan orang tapi macam eh aku ni sedar ke tak (sebab makan painkiller haha) Pastu esoknya dah okay dah pun, yang aku pelik gusi belah hujung, asal tak elok elok bengkak dia. Memang lah ada ulcer tapi takkan rasa dekat gusi pulak kan. Pergi lah tunjuk dekat mak lepastu seram kena infection ke apa hahahaha

Rupa rupanya hm
GIGI BONGSU BARU NAK TUMBUH GUYSSSSSSS

Manalahkan baby tak nangis time nak tumbuh gigi memula, aku yang tumbuh macamni rasa dia pun hm. Gusi tu siap terbukak lagi nak meraikan, yang terbukak tu lah yang sakit -.- Okay, sekian itu sahaja berita gembira mengakhiri post kali ini. 

Bye untuk cerita yang dah basi ni haha

Friday, September 9, 2016

Aku Perempuan Jugak

Salam. A quick proper update in 15 mins.

Cerita pasal perempuan lah kejap. Pasal perempuan kat sini. Kat sini je, kat tempat lain taktau. More to kutuk lah kot rasanya haha cuz aku cuma nak tahu kenapa perempuan ni kadang suka gelabah tak bertempat padahal tak ada apa pun (in fact aku pun pernah tapi gelabah dalam situasi yang kau memang patut gelabah, misalnya)

Nak dijadikan cerita, tiap kali lunch hour ofcourse lah fdcourt ramai gila dengan student perempuan (apartment tak campur laki so memang penuh perempuan) yang akan acah gangster lapar. Aku bukan nak marah ke apa tapi majoriti yang dah masuk u ni semua umur dah takat boleh fikir sendiri sebab tu parent berani tinggalkan. Belajar tinggi tapi adab..... hm. Diorang ni takut makanan habis ke cemana. Makanan memang habis lah kan cerita dia, kalau takdpt makan tu kira bukan rezeki kau lah haritu nak merasa makan fdcourt. Tak minat lah bab potong que ni, tak ada adab.

Pasal potong que lagi.
Pergi lah mana mana event penting yang korang kena hantar document tanpa ada nombor. Kau tunggu turn, cuma beratur. Percayalah, mesti ada yang perangai yang tak banyak pun sikit lah yang suka hati diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jeeeeeeeeeeeeeeeee. Paling nampak redha sekali, student laki sini. Ya Allah, penyabar. Diorang punya redha tu macam "biarlah perempuan pergi dulu, aku okay je kat sini. Aku ok" while perempuan lain memang dah menyumpah, time tu dah tak fikir apa dah, orang lain letih kot que, come on...... apa lah yang kau fikir hm

Last. Suka malukan diri sendiri/ malukan orang lain.
Sekian sahaja.

Saya, yang mengutuk para student di mdzm (tempat saya belajar) 

Tidur menang

Lagi nak exam lagi banyak tidur

Lagi terer tidur

Berlawan lawan
Mata kalah 😪


Sunday, August 21, 2016

Release stress

Hikhik
What a wonderful day to remember
Eventho its a short trip 

Worthy.
(Aku cerita ni sebab taktahu lagi bila pergi kuantan. Setahun sekali pergi lol)


Its Kuantan. Tak pergi jauh sebab tak berani. Tak berani drive dan tak berani nak bagi orang lain drive. So pergi yang dekat je haha. Trip paling tahpape i should said, sebab nak hilangkan stress dan nak lepaskan kempunan pika. Dari hari apetah dia mintak seoul garden seoul garden seoul garden, maka kita turuti. Aku dengan wa pulak jenis tak kisah, sebab semua jenis makanan boleh masuk, so terpergi lah Kuantan dengan bangganya haha

Hari sebelum nak pergi Kuantan tu sebenarnya dah plan kekonon nak naik bas pastu pergi mall je. Sebab senang cerita duduk dalam tu jalan jalan sampai lenguh, pastu cari bas Muadzam dan balik. Senang haha. Tapi aku tersebut pulak pasal Kula Cakes daaaaaaaaaaaaaaannnnnn pika pun macam okay kita sewa kereta

Aku bukan takbagi dia bawak, tapi aku takut balik malam dan yes jalan gambang 

Dan lastnya sewa jugak. Gerak pagi, sampai sampai terus makan seoul garden haha sebab dah prepare tak makan pagi tu saja bagi lapar. Sesampainya di sana, terus makan haha terer tak terer. Tapi dah tu memang the main reason datang Kuantan kot kan. Kira nak food hunting jugak lah semalam. Bagi aku lah kot, aku tak berapa minat sangat kot rasa makanan dia. Dia sedap tapi pelik. Lidah aku rasa pelik tapi still boleh telan hm 

Lepas dah pergi sana sini (time ni ada sempat pergi mini zoo dekat dekat situ haha rasa macam trip "eh sukahati lah nak gi memana") pastu decide lepak pantai. Burn sikit muka sebab berjemur pukul 3 petang suka hati. Tengok pantai macam pd tak ada pantai, jakun. Aku macam terpegun gila nak mati. Mungkin sebab rasa tenang kot lepas dah serabut serabut dengan kerja yang tak sudah. 

Allahuakbar, Tabarakallah. 
Indah sangat 

Sedar tak sedar, diri sendiri rindu bunyi ombak pantai.

Sampai pukul 5 k kat pantai sambil tunggu pika main pokemon go dia haha. Pastu ada lah lagi singgah tah memana. Malam dah pastu. 

Waktu nak keluar dari masjid, ada sorang lelaki tiba-tiba lambai nak tahan kereta. First thing yang kitorang fikir, tak payah berhenti gelap kot malam pulaktu. Dan lepas daripada tu, sorang lagi laki tahan. Muka masing masing dah cuak, kitorang bertiga je. Gila tak takut, mau dia acu pisau.

"Jalan je weh" 
"Berhenti, bukak tingkap sikit je"

Sampai kat pika, dia yang drive, dia berhenti pastu kamain besar tingkap dia bukak. Rupanya diorang nak mintak tolong, kereta tak boleh start hahahahahahahahahaahah rasa macam jahat gila kalau tak berhenti. Luar masjid pulaktu. Pastu dah settle terima kasih pe semua, pika buat lame joke

"Dia taknak tanya nombor ke?"

Berdekah gila dalam kereta. Benda pelik yang pernah jadi dekat orang lain takkan pernah jadi kat kita beb, redho. 

Last pit. Kula Cakes dan gerak balik.
Tu je. 

and thanks pika, gambar. 

Wednesday, August 17, 2016

How to get ready in 5 mins

1. Sarung oversized-shirt


2. Tarik tudung yang dah sangkut kat almari


3. K dah boleh gerak pergi class. 

Its rtw. 
Niat jangan tinggal, bawak sekali 😌

Will see u with another tips pulak nanti insyaAllah, gdnight 👋