Sempena Ramedhon ke tiga belas ni, sis dah mula muak makan lauk bazar maka dengan itu. makanan simple sebegini lah yang sis terdetik nak masak, maka termasak lah ia.
Kadang, apa yang aku beli kat luar semua sedap sedap, tapi tak kena dengan tekak. Semalam aku makan ikan pari masak asam. Alhamdulillah sedap tu memang sedap. Tapi bila dah makan, makan pulak dalam portion yang banyak, mind set aku buat benda ni dah jadi tak sedap. Sis tak komplen. Cuma diri sis ni je yang tahpape. Dia nak lauk pauk yang simple simple jugak, macam yang bese bese je tapi daaaaaap. Ha gitu
Maafkan diri ini. Kerna telur mata, ikan bilis tumis (idk apa nama ikan bilis ni senanye hm) seems more tempting than other complicated lauk pauk in bazar.
Sorry saya asal kampung haha.
Disebabkan aku takut ada orang tanya cemana nak masak ikan bilis ni, so aku update sekali dengan cara masak my-very-own-ikan-bilis-tumis (geli je baca haha) Tapi aku rasa macam ramai je yang reti masak gini. Dia ibarat macam kau pergi kat dapur bubuh kuali pastu campak campak pastu dah siap kau boleh duduk makan haha. K
Bahan dia cuma bawang merah & putih, ikan bilis, pastu cili api.
Kalau ikut aku, aku hiris bawang dalam 2 3 ulas dulu, cili pun aku potong kecik. Pastu masukkan semua dalam lesung batu, tumbuk lumat ke tak lumat ikut hang lah. Sebab bila dah makan dengan nasi sedap je rasa dia. Dah lumat tu, masukkan ikan bilis pulak dalam lesung, tumbuk ikut rasa. Jangan hancur sangat dah lah haha pelik.
Panaskan minyak, bubuh je semua bahan tadi dalam kuali. Kalau boleh minyak biar lebih sikit (lebih sikit je, jangan lebih banyak berpenyakit kau nanti) pastu dah siap. Boleh makan.
Makan dengan telur mata. Sedap tak tipu.
Hm kesian suami aku nanti. bye
